Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

31.8.10

Biskut punye cerite

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu."Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku. makan sama banyak dengan aku pulak tu.Pencuri!!" rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya."Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya. Ya...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

 
p/s: comel aje cite ni... (^.^)

5.7.10

Mengidam...

aku ni slalu sgt teringin nak makan benda yang dah lame aku x makan...dulu coklat volcano.mkn sorg2 kat pizza pun xde hal la..



kali ape pulak????



nasi berigin???



bukan!



tapi....





Ini.

ni la BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

dulu pengasuh aku (mak nah) salu masak kan untuk aku..nak2 tyme besday aku.confirm die wat..

skang aku dah besar...

kene la wat sendiri.

aku ade kidnap resepi kat website lain.

insyallah ade mase aku try..



Bubur Putih Bubur Merah
Resepi Dari CT

Bahan-bahan:
2 'pot' beras + 1/2 'pot' beras pulut
300 ml santan pekat
Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir - ikut kemanisan lah nya
Gula merah (bancuh dengan sedikit air & tapis)
Air (sukatan seperti nak buat bubur nasi)
(Nota: "Pot" ni ukuran dia lebih kurang sebesar 1 tin susu manis saiz kecil)

 
Cara-cara:
1. Bersihkan beras dan beras pulut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam dan masak seperti nak memasak bubur nasi.
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
3. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain.
4. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati.
5. Siap untuk dihidangkan

16.9.09

Buka Puasa

15/09 - seperti biase..setiap minggu aku akan bebuka puase dgn bdk2 kelas aku.diorg mmg sgt best. on aje bile diajak. minggu pertama aku buke kat kelas. menu nasi tomato. minggu kedua buke kat umah ferry. menu sup tulang. tp aku x pegi. minggu ketiga kat umah faris. menu nasi minyak. dan minggu ni makan ikan bakar kat medan selera sabak awor. hurm...yummy!


saparuh dari menu.

16/09 - hari ni ain n diana ajak aku gi buke kat pizza hut lak..layan kan aje la.mak lak dah bising..asyik kuar aje.x reti2 nk dok umah..pas buka kuar dgn adik lak gi wetex. sempat aku sambar magazine..
nak belajo jahit..haha