21.7.10

TIPS BAHAGIA

C
Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I
Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N
Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T
Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A
Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga..

K
Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A
Akad dilafaz cinta berbunga
S
Suami disanjung-tinggi
I
Isteri disayangi
H
Harumlah kasih sepanjang zaman

S
Sayangkan Isteri kasihkan suami
A
Ada masalah, dibincangkan bersama
Y
Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A
Amalkan hidup bertoleransi
N
Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G
Gaduh sesekali tu perkara biasa

H
Hati suami mesti dijaga
A
Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T
Tanggung-jawab dipikul bersama
I
Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

6.7.10

Demam Bola

Aku ni bukan nye minat sangat tgk bola ni...tapi bole la layan sket2.bile ade FIFA ni aku mcm addict pulak...baru aku paham nape la mereka2 ni sanggup berjaga tgh malam sbb bola. Bagi aku main bola ni ibarat berada dalam 1 peperangan..

Review from FIFA 2010?
1. Ade WAKA WAKA! theme song FIFA 2010
2. agak frust bile japan kalah.sbb satu2 nye negara dr asia yg bley bertahan.
3. pelik bile ITALY dah out awal2 lg pusingan kedua pun xdpt msuk..kalau dulu dia la juara.
4. org kate ENGLAND ni not bad..sbb ade rooney, lampard, gerrard...tp kalah jugak.
5. frust gak bile PORTUGAL kalah..tapi cristiano ronaldo mmg kacak..haha
6. yang paling aku gembira bile BRAZIL kalah...kalau dulu asyik dia..dia..dia.. Ka Ka Ka Lah....
7. lg frust bile ARGENTINA kalah teruk dgn GERMANY..tu la... maradona nak lari bogel ble argentina menang...kan dah kalah! x dpt nak tgk messi main bola lg =(
8. pemain GERMANY berlari mmg laju! kagum! 



DAN


ADE 1 TEAM CONFIRM MASUK FINAL BEB!


IAITU


TEAM PENGADIL!

5.7.10

Mengidam...

aku ni slalu sgt teringin nak makan benda yang dah lame aku x makan...dulu coklat volcano.mkn sorg2 kat pizza pun xde hal la..



kali ape pulak????



nasi berigin???



bukan!



tapi....





Ini.

ni la BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

dulu pengasuh aku (mak nah) salu masak kan untuk aku..nak2 tyme besday aku.confirm die wat..

skang aku dah besar...

kene la wat sendiri.

aku ade kidnap resepi kat website lain.

insyallah ade mase aku try..



Bubur Putih Bubur Merah
Resepi Dari CT

Bahan-bahan:
2 'pot' beras + 1/2 'pot' beras pulut
300 ml santan pekat
Daun pandan
Garam secukupnya
Gula pasir - ikut kemanisan lah nya
Gula merah (bancuh dengan sedikit air & tapis)
Air (sukatan seperti nak buat bubur nasi)
(Nota: "Pot" ni ukuran dia lebih kurang sebesar 1 tin susu manis saiz kecil)

 
Cara-cara:
1. Bersihkan beras dan beras pulut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam dan masak seperti nak memasak bubur nasi.
2. Bila beras sudah kembang, masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
3. Asingkan separuh daripada bubur ini dalam bekas yang lain.
4. Kemudian masukkan bancuhan gula merah dan kacau sehingga sebati.
5. Siap untuk dihidangkan